Skip to main content

Dunia

BN minta rakyat Cina, India undi parti supaya wakil ada dalam kerajaan Perak

Anggaran Waktu Membaca:
LUMUT: Undi daripada masyarakat Cina dan India kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membolehkan wakil daripada MCA dan MIC menjadi anggota Exco kerajaan negeri sekiranya gabungan komponen itu kembali berkuasa, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Saarani Mohamad 

"Mengambil pengalaman PRU14, tidak ada seorang wakil rakyat daripada MCA atau MIC dalam kerajaan negeri Perak.

"Jadi, pengundi Cina dan India perlu memberi peluang kepada wakil daripada kaum mereka dalam BN kerana apa yang berlaku di (Pilihan Raya Negeri) Melaka dan Johor, pengundi di sana kembali memberi sokongan kepada BN semula," katanya.

Encik Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Karnival Sukan Pemuda UMNO Negeri Perak 2022 yang disertai kira-kira 1,500 peserta dalam kalangan ahli Pemuda UMNO Perak di Dewan Merdeka di Lumut pada Sabtu (27 Ogos).

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut, Dr Zambry Abdul Kadir.

Ditanya mengenai ura-ura Encik Asyraf Wajdi akan bertanding kerusi Parlimen di Perak pada PRU15, Encik Saarani berkata itu hanya spekulasi semata-mata.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita