Skip to main content

Dunia

BN menang besar Pilihan Raya Kecil DUN Slim

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu hari ini (29 Ogos), dengan majoriti 10,945 undi.

Anggaran Waktu Membaca:
BN menang besar Pilihan Raya Kecil DUN Slim

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Aug 2020 09:37PM Dikemas Kini : 29 Aug 2020 09:41PM

TANJUNG MALIM: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu hari ini (29 Ogos), dengan majoriti 10,945 undi.

Calonnya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz, 43, menang selepas memperoleh 13,060 undi, manakala pencabarnya dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, meraih 2,115 undi dan bekas guru S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Shamsul Ridzuan Idris di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita