BN mahu teruskan momentum kemenangan Johor di Negeri Sembilan
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera Barisan Nasional (BN). (Gambar: Bernama)
- Barisan Nasional (BN) bertekad meneruskan kejayaan PRN Johor ke PRN Negeri Sembilan, dengan sokongan kuat dari BN Pahang dan UMNO negeri.
- Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan kesiapsiagaan parti untuk memastikan Negeri Sembilan kembali diterajui BN.
- BN memenangi 48 daripada 56 kerusi di Johor, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos dengan 36 kerusi dipertandingkan.
- Kemenangan besar di Johor dijadikan motivasi, dan BN yakin masih relevan serta mendapat sokongan rakyat untuk menghadapi PRN akan datang.
KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan memastikan momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan bagi PRN Negeri Sembilan.
Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kemenangan besar yang diraih BN pada PRN Johor meningkatkan motivasi parti berkenaan untuk memperolehi kejayaan sama.
Menurutnya, BN Pahang, khususnya Badan Perhubungan UMNO negeri bersiap sedia untuk memastikan Negeri Sembilan kembali diterajui parti itu.
"BN Pahang akan bantu di Negeri Sembilan seperti PRN Johor yang menunjukkan BN menang iaitu dengan tambahan daripada 40 kepada 48 kerusi.
"Ini jelas menunjukkan bahawa BN, khususnya UMNO masih di hati rakyat dan relevan," katanya, seperti dinukil BH Online.
Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Festival Belia sempena Harian belia Negara Peringkat Pahang dan Pelancaran `Walk A Town With Me Pahang1st di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang pada Ahad (12 Jul) malam.
Mengulas kemenangan besar BN di Johor, beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Onn Hafiz Ghazi atas kejayaan cemerlang itu.
Pada PRN Johor kali ini, BN memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) pula lapan.
PRN Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Ogos, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan 18 Julai ini, dengan 36 kerusi dipertandingkan.
Pada PRN Negeri Sembilan lalu, PH memenangi 17 kerusi DUN manakala BN (14) dan Perikatan Nasional (PN) (lima).

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.