Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN lancar manifesto PRU15; janji tiada rakyat akan ketinggalan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perikatan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO menawarkan manifesto yang segar menjelang PRU15 pada 19 November ini.

Menurut Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, BN memerlukan mandat yang kukuh dan mantap untuk menjadikan manifesto tersebut satu kenyataan.

Barisan Nasional (BN) adalah gabungan terakhir yang membentangkan manifestonya, menawarkan 99 perkara.

Menurut Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, pelannya yang pro rakyat dan pro pembangunan, menjanjikan tiada yang akan ketinggalan.

"Saya akui ini bukan pelan yang sempurna, bukan perancangan yang sempurna tetapi saya dan seluruh pasukan BN cukup percaya ia mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri," kata Encik Ahmad Zahid

Bagi menangani kos kehidupan yang meningkat, manifesto BN menjanjikan gaji asas AS$466 agar tiada isi rumah yang hidup di bawah garis kemiskinan.

Cukai pendapatan pula akan dipotong bagi isi rumah berpendapatan kurang AS$21,000 setahun.

Pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja juga disarankan selama lima tahun.

BN juga menjanjikan pendidikan awal kanak-kanak secara percuma untuk semua. Turut dijanjikan, pendidikan digital tambahan dan khidmat 5G di kesemua sekolah dalam tempoh 18 bulan jika BN kembali memerintah.

Undang-undang baru juga dijanjikan bagi melindungi golongan tua, miskin dan ekonomi gig.

Semua sekolah juga akan mengajar bahasa-bahasa etnik selain Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

BN juga berjanji akan memperkenalkan undang-undang mengenai pendanaan politik serta memastikan ketua agensi anti rasuah dan suruhanjaya pilihan raya perlu menjawab terus kepada parlimen.

Namun pihak pembangkang masih bertegas, ia menguasai arah tuju PRU15.

Dengan terbentangnya manifesto semua tiga gabungan utama kali ini, terpulanglah kepada para pengundi membuat keputusan sendiri.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan