BN kini sebahagian kerajaan negeri Selangor hingga tamat tempoh penggal pentadbiran pada Jun

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (Gambar: BERNAMA)
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Beliau berkata ia hasil perbincangan yang dimuktamadkan bersama Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
"Ahli-ahli dewan dari BN akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sampailah kita tutup pentadbiran penggal ini yang berakhir pada bulan Jun dengan peruntukan dan dasar yang seadilnya," katanya ketika menggulung perbahasan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat (17 Mac).
Bagaimanapun Encik Ahmad Amirudin berkata dua ADUN dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan seorang ADUN Warisan setakat ini tidak memberikan kata putus sama ada ingin menyertai kerajaan negeri atau tidak.
BN mempunyai lima kerusi DUN di Selangor.
Sementara itu, Encik Amirudin memaklumkan Selangor mencatatkan hasil RM893.11 juta (S$267 juta) setakat Rabu lalu iaitu hampir separuh daripada sasaran RM2.05 bilion (S$613 juta) yang ditetapkan untuk tahun ini.
Beliau berkata perolehan antara Januari hingga Mac itu meningkat lebih RM265.11 juta (S$79 juta) berbanding hasil tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.