Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN kemuka 70% muka baru bagi PRN Johor

Anggaran Waktu Membaca:
BN kemuka 70% muka baru bagi PRN Johor

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 24 Feb 2022 02:49PM Dikemas Kini : 24 Feb 2022 02:50PM

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional pada Khamis (24 Feb) mengumumkan calon untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor Astro AWANI.

Mengikut senarai yang dibacakan Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad, UMNO memperoleh sebanyak 37 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC empat kerusi.

Hasni, yang bakal mempertahankan kerusi DUN N53 Benut berkata, biarpun senarai itu tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak, namun ia adalah barisan yang terbaik untuk membolehkan mereka membentuk kembali Kerajaan Negeri Johor, seperti dinukil Astro AWANI.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang beri sepenuh kerjasama, beri pandangan, nasihat bagi terbentuknya satu senarai yang tentunya tidak lengkap, tidak akan diterima semua pihak, tentunya tidak memuaskan hati semua.

“Kita menyedari hakikat itu, tetapi sebagai orang parti, saya percaya kita semua akan terus berdiri teguh untuk pastikan BN kali ini menang, dengan satu kemenangan besar di Johor,” kata beliau lagi.

Turut menghadiri majlis itu, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin kanan parti komponen yang lain.

Difahamkan, MCA masih dalam peringkat perbincangan untuk memutuskan senarai calon bagi kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, penelitian di pelbagai aras telah dilakukan sebelum senarai itu dapat dimuktamadkan.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, hampir 80 peratus daripada keseluruhan calon BN berusia bawah 55 tahun dan mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.

Selain itu, katanya, 70 peratus calon BN terdiri daripada muka-muka baru, sekali gus mempamerkan kesungguhan parti untuk memperkukuhkan agenda peremajaan parti di pelbagai peringkat.

“Semoga kombinasi tiga elemen ini, bukan hanya sebagai satu game changer, tetapi pada waktu yang sama, kita juga tak lupakan mereka yang berpengalaman untuk terus berikan khidmat dan kesinambungan, dari segi usaha untuk terus meletakkan Johor sebagai salah sebuah negeri, dengan kekuatan yang akan kita bina di Johor, lapor Astro AWANI.

"Saya yakin hadirin yang berada di sini akan dapat menentukan sokongan kita apabila kita mula bergerak secara rasmi selepas penamaan calon nanti dan berikan dokongan bahawa kita akan kemukakan ‘poster boy’ kita untuk dapat perkenan bagi terus dilantik sebagai MB (Menteri Besar)," kata beliau sambil merujuk kepada Hasni.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan