Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN kekal pertahan Kerajaan Perpaduan, tegas Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
BN kekal pertahan Kerajaan Perpaduan, tegas Ahmad Zahid

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi di satu acara di Pantai Penunjuk pada 1 Jul 2023. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu akan terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang mencerminkan wajah Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata pada masa sama beliau berharap hubungan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) yang baharu terjalin dapat diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi.

“Ia bagi memangkinkan semangat perpaduan sekali gus memimpin negara dengan memberikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini (10 Sep).

Encik Ahmad Zahid yang menghadiri Persidangan DAP 2023 di Putrajaya bersama Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Mohd Sharkar Shamsudin hari ini berkata, beliau yakin parti itu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan perpaduan di Malaysia.

“Saya melihat kesungguhan DAP untuk mengekalkan perpaduan negara ini dari dua ucapan daripada Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) dan Lim Guan Eng (Pengerusi Kebangsaan DAP).

“Ia juga diterjemahkan oleh para perwakilan yang saya temui setelah saya menjejakkan kaki ke dewan perhimpunan ini yang mahukan kestabilan politik untuk memangkinkan lebih kejayaan buat Malaysia,” katanya. 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan