BN Johor akan terus galak pembukaan sempadan M'sia-S'pura
(Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti mempromosikan langkah pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura.
Menteri Besar Hasni Mohammad berkata beliau berharap kedua-dua negara akan membincangkan kaedah terbaik untuk membuka sempadan.
"Kami telah membentangkan susun atur ulang-alik harian dan prosedur operasi standard yang lengkap serta komprehensif yang telah dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan dan sudah diterima pakai."
"... kita kini beralih ke fasa endemik dan jika ia (sempadan) tidak boleh dibuka sepenuhnya, mungkin kita boleh melihat dari segi sektor," katanya kepada para pemberita selepas melancarkan manifesto BN hari ini (1 Mac).
Pengerusi BN Johor itu berkata antara sektor yang perlu dipertimbangkan adalah perkhidmatan dan pembinaan kerana melibatkan ramai rakyat Malaysia.
Hasni berkata demikian ketika mengulas sama ada isu pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura adalah sebahagian daripada manifesto BN.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.