BN hadapi cabaran besar cuba pikat pengundi Melayu Negeri Sembilan
Anggaran Waktu Membaca:
JELEBU: Barisan Nasional (BN) berdepan dengan cabaran besar untuk menambat hati para pengundi Melayu di Negeri Sembilan.
Ini menyusuli rasa kurang senang sesetengah penduduk terhadap kerjasama yang dijalin BN dengan bekas seterunya - Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP.
Di beberapa kawasan kampung di bawah sesetengah Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri tersebut, sentimen tersebut malah lebih ketara.
PENDUDUK KAMPUNG LAHIR RASA KECEWA
Antara penduduk yang berkongsi rasa tidak selesa itu ialah Encik Kamarul Sham, 59 tahun.
Beliau merupakan anak jati kelahiran Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
Encik Kamarul yang berniaga secara kecil-kecilan juga sedia maklum tentang perkembangan isu semasa.
Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap landskap politik Melayu yang disifatkan sebagai berpecah belah ketika ini.
"Perpecahan berlaku pada masyarakat Melayu ketika PRU atau PRN, macam mana masyarakat Melayu ini hendak bergabung?
"Masing-masing mengejar kuasa. Tertubuhnya parti-parti demi kuasa bukan untuk rakyat dan masyarakat. Itu pandangan saya," ujar beliau.
Menurut Encik Kamarul, orang Melayu di Negeri Sembilan mengutamakan tiga perkara iaitu agama, bangsa dan tanah air.
"Kalau tiga perkara itu hilang, bagaimana orang Melayu hendak bersatu dan berjaya. Oleh kerana itu, kami lagi suka dengan kerjasama Muafakat Nasional sebelum ini iaitu BN dengan PAS," kongsinya.
BN MASIH RELEVAN: JALALUDDIN ALIAS
Luahan Encik Kamarul itu sekali gus menimbulkan tanda tanya - adakah BN akan terus kekal sebagai pilihan utama mereka menjelang PRN nanti?
Pengerusi BN Negeri Sembilan Encik Jalaluddin Alias berkata: "Ada antara pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong yang tidak begitu faham tentang perjuangan baharu dan landskap baharu ini tetapi apabila kita menjelaskan dari semasa ke semasa, saya yakin mereka sudah mula menerima dan faham apakah erti kestabilan yang bakal ditubuhkan."
Encik Jalaluddin yang juga calon BN bagi DUN Pertang, menegaskan BN masih relevan dalam kalangan pengundi Melayu dan mampu bangkit dalam PRN.
Ini meskipun gabungan politik itu mencatatkan prestasi hambar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.
Beliau sebaliknya menekankan bahawa kestabilan politik yang disaksikan dalam kerajaan persekutuan perlu diperlihatkan di peringkat negeri supaya manfaat kemakmuran dari segi ekonomi dan pembangunan boleh dirasakan di negeri Darul Khusus itu.
PENGUNDI MELAYU AKAN PILIH PN?
Pihak pembangkang, Perikatan Nasional (PN) mendakwa rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Melayu di Negeri Sembilan akan membawa kesan positif kepada gabungan itu.

Lantaran itu, bagi PRN pada 12 Ogos ini, PN merancang untuk menambat undi Melayu dengan memaparkan imej sebagai pilihan lebih baik dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.
Pengarah Pilihan Raya PN Negeri Sembilan Rafiei Mustapha berkongsi: "Saya menerima kunjungan untuk berbincang daripada kalangan sahabat-sahabat kita daripada UMNO yang menyatakan kali ini mereka akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional. Oleh kerana apa? Kerana hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan yang ada."
Encik Rafiei yang merupakan calon PN bagi DUN Pilah menambah perkara itu turut berlaku di beberapa DUN merata Negeri Sembilan.
Secara keseluruhannya, lebih 860,000 penduduk Negeri Sembilan layak mengundi pada Sabtu depan (12 Ogos) untuk memilih 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.