BN akan sokong undi yakin terhadap PM Anwar Ibrahim, kata Zahid Hamidi
Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi yakin terhadap Perdana Menteri negara itu, Anwar Ibrahim pada 19 Disember nanti bagi membuktikan keabsahan sokongan terhadap ahli parlimen Tambun tersebut.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata keabsahan itu penting bagi membuktikan Encik Anwar mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak perlu dipertikaikan lagi, lapor Malaysiakini.
"Berdasarkan prinsip menjunjung titah menghormati pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-pertuan Agong, insya-Allah BN akan menyokong usul undi yakin kepada Perdana Menteri agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap."
"Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko Perdana Menteri baru, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagj menyokong pembentukan kerajaan baru ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Ahad (27 Nov), seperti dinukil laporan Malaysiakini.
Pada 24 November lalu, Encik Anwar berkata sidang parlimen akan diadakan pada 19 Disember dengan agenda terawal ialah mengenai usul undi yakin ke atasnya.
Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri, Encik Anwar menjelaskan usul pertama itu akan dibawa sendiri oleh kerajaan.
Pengumuman Encik Anwar itu dibuat selepas Perikatan Nasional (PN) meragui keabsahan jumlah sokongan yang diterimanya.

Ini selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mendakwa perlunya kesahihan sokongan yang diterima itu dibuktikan di parlimen.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.