Bloomberg tersilap lapor Rusia serang Ukraine
(Gambar: Bloomberg)
MOSCOW: Agensi berita Bloomberg melakukan kesilapan dengan menyiarkan tajuk berita “Rusia Menceroboh Ukraine” (Russia Invades Ukraine) dan tidak lama kemudian menarik balik tajuk itu, lapor Sputnik.
"Kami telah menyediakan tajuk utama untuk banyak senario dan tajuk 'Russia Invades Ukraine' secara tidak sengaja diterbitkan sekitar jam 4.00 petang (waktu tempatan) hari ini di laman web kami," tulis Bloomberg di laman web rasminya.
“Kami amat kesal atas kesilapan itu. Tajuk berita telah dikeluarkan dan kami sedang menyiasat punca kejadian," menurut kenyataan tersebut.
Sejak beberapa bulan lalu, Rusia didakwa menempatkan anggota tenteranya berhampiran sempadan Ukraine sebagai persediaan untuk melancarkan serangan.
Bagaimanapun, Rusia berulang kali menyatakan bahawa ia tidak berniat untuk menyerang Ukraine.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.