Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Blinken ucap tahniah kepada Anwar, harap dapat perkukuh lagi persahabatan, kerjasama

Anggaran Waktu Membaca:
 Blinken ucap tahniah kepada Anwar, harap dapat perkukuh lagi persahabatan, kerjasama

Encik Antony Blinke.

Diterbitkan : 25 Nov 2022 11:47AM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 11:47AM
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) berharap untuk mengeratkan lagi persahabatan dan kerjasama dengan Malaysia berdasarkan prinsip demokrasi yang dikongsi serta menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru dilantik Encik Anwar Ibrahim.

Setiausaha Negara AS, Encik Antony J. Blinken yang mengucapkan tahniah kepada Encik Anwar dan rakyat Malaysia berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan berjuta-juta rakyat Malaysia telah mengundi, kebanyakan mengundi buat kali pertama, menjadikan pilihan raya itu sebagai lambang kuasa demokrasi.

“AS dan Malaysia sudah menjalin hubungan yang kukuh – perkongsian komprehensif – berakar umbi dalam hubungan ekonomi, keselamatan dan rakyat dengan rakyat. 

"Kami komited bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, makmur, selamat dan berdaya tahan," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu menerusi Twitter, jurucakap Jabatan Negara AS Encik Ned Price berkata Washington berharap untuk memajukan matlamat bersama demi masa depan yang bebas dan terbuka, makmur, selamat serta berdaya tahan.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan pilihan raya umum,” kata beliau.

Encik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis.
Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa