Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Blinken kembali ke Timur Tengah; gesa Israel, Hamas terima saranan gencatan senjata Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Blinken kembali ke Timur Tengah; gesa Israel, Hamas terima saranan gencatan senjata Gaza

Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken tiba di lapangan terbang Orly airport di luar Paris pada 7 Jun 2024 (Gambar: AFP/File/Saul Loeb)

Diterbitkan : 10 Jun 2024 12:56PM Dikemas Kini : 10 Jun 2024 12:58PM
KAHERAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan berkunjung lagi ke Timur Tengah mulai Isnin (10 Jun) bagi menggesa Israel dan kumpulan Hamas menerima saranan gencatan senjata terbaharu bagi Carikan Gaza dan pertukaran tahanan yang diumumkan Presiden Joe Biden hampir dua minggu lalu.

Sehingga kini, Israel dan Hamas belum memberikan jawapan rasmi kepada saranan itu.

Ia merupakan kali kelapan, Encik Blinken ke Timur Tengah sejak perang Israel-Hamas meletus lapan bulan lalu.

Beliau akan memulakan lawatannya ke Mesir sebelum ke Israel.

Mesir, bersama-sama dengan Qatar dan Amerika, menjadi pengantara dalam rundingan antara Israel dengan Hamas.

Di Mesir, Encik Blinken akan mengadakan perbincangan tertutup dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi termasuk mengenai usaha membuka semula Lintasan Rafah yang merupakan laluan utama menghantar bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau kemudian dijangka mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Baitulmakdis.

Encik Blinken merancang mengadakan lawatan tersebut membawa perhatian kepada saranan yang diumumkan pada 31 Mei lalu oleh Presiden Joe Biden, yang memperhebatkan usaha untuk menamatkan perang berkenaan, yang kian meragut lebih banyak nyawa orang awam dan mengasingkan sebahagian pangkalannya menjelang pilihan raya pada November nanti.

Israel merampas kawalan di lintasan itu dan menuduh Mesir yang menutupnya.

Mesir menyangkalnya dan berkata para pemandu lori kini berasa tidak selamat untuk melalui Lintasan Rafah kerana kini dikawal tentera Israel.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan