Blinken hubungi Korea Selatan, bincang lawatannya ke China
Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken (kiri) dan Presiden China Xi Jinping. (Gambar: Pool Photo/AP)
SEOUL: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengadakan perbualan telefon dengan sekutu utamanya, Korea Selatan untuk membincangkan hasil lawatannya ke China bulan ini.
Demikian menurut Kementerian Luar Korea Selatan pada Sabtu (24 Jun).
Encik Blinken memberitahu Menteri Luar Korea Selatan Park Jin bahawa beliau mengadakan dialog yang jujur, praktikal dan membina dengan pihak China, dan mahu menjelaskan hasil lawatannya itu dengan terperinci seboleh mungkin, kata kenyataan kementerian tersebut.
Encik Blinken dan Encik Park memutuskan untuk meneruskan komunikasi mengenai hubungan dua hala dengan China dan menggesa Beijing memainkan peranan membina berhubung Korea Utara.
Ini termasuk menggantung tindakan yang dianggap provokasi serta pelupusan program senjata nuklearnya.
Semasa lawatan Encik Blinken ke China pemimpin AS itu bertemu Presiden Xi Jinping dan pegawai tertinggi yang lain.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk menstabilkan persaingan mereka agar tidak bertukar menjadi konflik. Ia bagaimanapun gagal mencapai sebarang kemajuan baru.
Sementara itu, Korea Utara membidas Encik Blinken kerana cuba mendesak China supaya memberi tekanan ke atas Pyongyang untuk meletakkan senjata.

LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.