Blinken dijangka adakan lawatan ke China minggu depan
Gambar fail Setiausaha Negara AS Antony Blinken
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dijangka mengadakan lawatan ke China seawal minggu depan.
Encik Blinken dijadualkan bertemu dengan para pegawai di Beijing pada 18 Jun, menurut AP.
Perkembangan itu merupakan petanda baru penglibatan semula antara kedua-dua adikuasa terswbur, selepas hubungan yang dingin di tengah-tengah ketegangan yang memuncak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Laporan media menyatakan diplomat tertinggi AS itu akan mengadakan pertemuan dengan pegawai China di Beijing pada Ahad depan.
Pada mulanya, Encik Blinken dijadualkan melawat ibu negara China itu awal tahun ini pada Februari.
Namun, ia dibatalkan atas insiden belon perisik China yang didakwa melintasi ruang udara AS.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.