Blinken di Turki bincang isu ISIS di Syria, gencatan senjata Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ANDREW CABALLERO-REYNOLDS)
ANKARA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan Menteri Luar Turki Hakan Fidan semalam bersetuju untuk meneruskan usaha menangani sebarang kebangkitan daripada ISIS di Syria, selepas Bashar
al-Assad digulingkan.
Diplomat tertinggi Washington itu juga berkata beliau juga berbincang tentang kemungkinan kumpulan Hamas bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata bersama presiden dan menteri luar Turki.
Seorang pegawai Amerika berkata Hamas kini lebih terbuka untuk melanjutkan rundingan gencatan senjata.
Encik Blinken sedang berada di Timur Tengah untuk mewujudkan pendirian serupa dengan sekutu Arab dan Turki, dengan prinsip yang diharapkan Washington akan membimbing peralihan politik Syria, seperti sifat inklusif dan menghormati minoriti.
Menurut Encik Blinken pada Isnin (9 Dis), ISIS akan cuba menggunakan tempoh tersebut untuk menubuhkan kembali kuasa di Syria, namun Amerika Syarikat bertekad untuk tidak membenarkan perkara itu berlaku.
Rundingan tersebut juga tertumpu pada aspek kritikal untuk mewujudkan kestabilan di Syria, di mana pertempuran berlaku di utara negara itu antara Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika dan Kurdi serta pemberontak yang dibantu Turki.
GENCATAN SENJATA GAZA
Encik Blinken juga menekankan pentingnya gencatan senjata untuk menamatkan permusuhan antara Hamas dengan Israel di Gaza.
Ini sedang Washington membuat percubaan baharu untuk melaksanakan gencatan senjata.
"Dalam perbincangan saya bersama Presiden Erdogan dan dengan Menteri Fidan, kami bercakap tentang pentingnya Hamas menyetujui perjanjian (di Gaza yang mungkin dapat membantu menamatkan pertempuran," kata Encik Blinken selepas mesyuaratnya bersama Encik Fidan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.