Blinken bertemu Erdogan, bincang peralihan kuasa di Syria
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/TURKISH PRESIDENTIAL PRESS SERVICE)
ANKARA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kini di Turki dalam peringkat kedua lawatan beliau ke Timur Tengah berkaitan keadaan di Syria sekarang.
Setibanya di Ankara, Encik Blinken telah mengadakan rundingan dengan Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan.
Encik Blinken ke Turki selepas berkunjung ke Jordan di mana beliau berbincang dengan Raja Abdullah, di bandar Aqaba.
Mereka bersetuju tentang perlunya memastikan keamanan di Syria.
Lawatan Encik Blinken kali ini bertujuan mengelakkan timbulnya kesan negatif selepas pihak pemberontak Syria menggulingkan Presiden Bashar al-Assad pada Ahad (8 Dis) lalu.
Jabatan Negara menyatakan Encik Blinken berharap dapat menghasilkan kata sepakat dalam kalangan pemimpin utama Timur Tengah mengenai prinsip-prinsip utama bagi peralihan politik di Syria.
Bercakap kepada para wartawan di Aqaba, Encik Blinken berkata proses peralihan itu mestilah bersifat inklusif dan tidak menyebelahi mana-mana kaum.
Beliau juga menekankan pentingnya Syria tidak menjadi pangkalan bagi kumpulan pengganas dan pelampau seperti ISIS
Kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang memainkan peranan utama dalam menamatkan pemerintahan dinasti EncikAssad, pernah menjadi sekutu kumpulan pengganas al-Qaeda sebelum memutuskan hubungan itu dalam tahun 2016.
Namun, Amerika, Kesatuan Eropah, Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih menganggap HTS sebagai pertubuhan pengganas.

Sumber : Reuters/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.