Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Blinken bakal lawat Vietnam minggu depan, kata senator AS

Anggaran Waktu Membaca:
Blinken bakal lawat Vietnam minggu depan, kata senator AS

Gambar: Sumber

Diterbitkan : 08 Apr 2023 10:16PM Dikemas Kini : 08 Apr 2023 10:50PM

HANOI: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dijadual melawat Vietnam minggu depan, kata Senator Jeff Merkley dalam satu sidang media di Hanoi pada Sabtu (8 Apr). Lawatan itu sebahagian daripada usaha Washington untuk meningkatkan hubungan diplomatik dengan Hanoi ke tahap yang lebih tinggi tahun ini.

Lawatan Encik Blinken itu yang masih belum diumumkan secara rasmi, dirancang selepas Presiden AS Joe Biden bercakap dengan ketua Parti Komunis yang memerintah, Nguyen Phu Trong, minggu lalu.

AS berharap dapat memperkukuh hubungan dengan Hanoi tahun ini, selaras ulang tahun ke-10 kerjasama dua hala yang menyeluruh pada Julai.

"Minggu depan Setiausaha Negara akan ke sini," kata Senator Merkley kepada wartawan semasa lawatan rombongan penggubal undang-undang AS ke Vietnam untuk meningkatkan hubungan dengan Hanoi.

Encik Blinken dijangka melawat Vietnam, pada Sabtu (15 Apr), sebelum ke Jepun pada 16 hingga 18 April untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kumpulan Tujuh Negara(G7).

Dalam perbualan telefon dengan Encik Trong, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala, menurut kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak.

Namun kenyataan itu tidak menyentuh mengenai menambah baik hubungan secara formal.

Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan