Skip to main content

Dunia

Blinken bakal hadiri mesyuarat menteri Amerika-ASEAN di Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
Blinken bakal hadiri mesyuarat menteri Amerika-ASEAN di Asia Tenggara

(Gambar: EDUARDO MUNOZ / POOL / AFP)

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan berada di Asia Tenggara minggu depan bagi menghadiri mesyuarat menteri Amerika-ASEAN di mana beliau akan membincangkan tentang isu Myanmar dan perang di Ukraine serta pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

Jabatan Negara Amerika menyatakan Encik Blinken akan menggesa negara-negara ASEAN supaya "meningkatkan tekanan" terhadap junta tentera Myanmar setelah ia melaksanakan hukuman mati terhadap empat aktivis prodemokrasi minggu ini.
Dalam pada itu, Encik Blinken mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov iaitu yang pertama antara mereka sejak tercetusnya perang Ukraine.

Panggilan telefon itu dicadangkan Encik Blinken,yang baru beberapa minggu lalu enggan bertemu Encik Lavrov semasa sidang G20 di Bali.
Dalam perbualan telefon "secara terus terang" itu, Encik Blinken membuat "tawaran besar" kepada Kremlim iaitu untuk bertukar-tukar tahanan.

Washington mahu dua rakyat Amerika iaitu bintang bola keranjang Brittney Griner dan bekas askar marin Paul Whelan dibebaskan.

Sebagai ganti, Amerika akan membebaskan seorang penyeludup senjata warga Rusia, Viktor Bout.

Sebaliknya Rusia dikatakan mahu seorang lagi warganya, Vadim Krasikov, disertakan dalam pertukaran tahanan itu.
Sumber : Agensi berita/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita