BioNTech berdepan saman di Jerman atas dakwaan kesan sampingan vaksin COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
BERLIN: Perbicaraan pertama tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pekerja jagaan kesihatan di Jerman terhadap BioNTech atas dakwaan kesan sampingan vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu akan didengar pada Isnin (12 Jun).
Tuntutan itu difailkan oleh firma guaman Rogert & Ulbrich bagi pihak seorang pekerja jagaan kesihatan.
Pekerja itu menuntut €150,000 (S$216,795) sebagai pampasan atas kecederaan tubuh badan yang didakwa disebabkan oleh vaksin itu, lapor Agensi Anadolu.
Wanita pertengahan umur itu mendakwa mengalami sakit di bahagian atas badan, bengkak pada lengan dan kaki, keletihan dan gangguan tidur.
Plaintif juga meminta pampasan untuk kerosakan material yang tidak dinyatakan.
Rogert & Ulbrich berkata firma itu telah memfailkan kira-kira 250 tindakan undang-undang bagi pihak pelanggannya yang menuntut pampasan berhubung kesan sampingan yang didakwa akibat vaksin itu.
Syarikat bioteknologi itu turut berhadapan saman yang sama daripada Casar-Preller dan Caesar-Preller yang berpangkalan di Mainz, yang mengumumkan bahawa ia memfailkan 100 saman.
Kira-kira tiga perempat daripada 224 juta dos vaksin yang ditadbir di Jerman dihasilkan oleh BioNTech, dan sebahagian besar tuntutan pampasan telah difailkan terhadap BioNTech, yang mempelopori penggunaan teknologi mRNA dalam vaksin.
Kes-kes di Jerman mewakili tuntutan pampasan terbesar yang dihadapi BioNTech di seluruh dunia sejak wabak COVID-19.
Tuntutan undang-undang serupa telah difailkan di Itali atas dakwaan kesan sampingan vaksin COVID-19.
BioNTech dalam satu kenyataan menyatakan selepas pemeriksaan rapi, pihaknya yakin kes yang dipersoalkan itu "tidak berasas" dan akan ditolak.
Kenyataan itu menyatakan kira-kira 1.5 bilion orang di seluruh dunia, termasuk sekurang-kurangnya 64 juta orang di Jerman, telah diberikan vaksin itu, dan sehingga kini, kesan sampingan yang berpotensi selain daripada yang telah disenaraikan dalam maklumat produk yang berkaitan, masih belum dikesan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.