Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bintang pop Coco Lee meninggal dunia pada usia 48 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Penyanyi Amerika Syarikat (AS) kelahiran Hong Kong, Coco Lee meninggal dunia pada usia 48 tahun pada Rabu (5 Jul).

Dalam satu catatan di media sosial, kakaknya Nancy Lee berkata, penyanyi popular itu yang mengalami masalah kemurungan, menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari dalam keadaan koma, lapor Astro Awani.

“Dengan kesedihan yang mendalam, kami di sini ingin menyampaikan berita paling menyedihkan. Coco bertarung dengan masalah kemurungan selama beberapa tahun tetapi keadaannya merosot secara drastik sejak beberapa bulan lalu.

“Walaupun Coco mendapatkan bantuan profesional dan melakukan yang terbaik untuk melawan kemurungan, malangnya dia tidak berjaya.

Kerjaya Coco bermula di tempat kelahirannya, Hong Kong, sebelum berkembang ke Taiwan. Beliau adalah antara bintang pop Asia terawal mencipta nama di Amerika Syarikat apabila singlenya, "Do You Want My Love" berjaya memasuki carta muzik AS, seperti dipetik Astro Awani.

Coco juga dipilih Walt Disney Pictures untuk menyanyikan salah satu versi lagu tema filem Mulan, "Reflection", selain turut menjadi pelakon suara watak Fa Mulan versi Mandarin.

Pada Anugerah Akademi ke-72, Coco dijemput mempersembahkan salah satu calon kategori Lagu Asal Terbaik, "A Love Before Time" yang dipetik daripada filem Crouching Tiger, Hidden Dragon.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan