Binladin didenda S$7.1 juta atas insiden kren tumbang di Masjidil Haram
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Saudi Gazette/Facebook)
MAKKAH: Mahkamah Rayuan di Makkah mengarahkan denda SR20 juta (S$7.1 juta) ke atas kumpulan syarikat Binladin, tujuh tahun selepas berlakunya kejadian kren tumbang di Masjidil Haram.
Denda itu dikenakan atas kecuaian dan pelanggaran beberapa peraturan keselamatan dalam kes kren tumbang pada 2015.

Menurut laporan Saudi Gazette, mahkamah Makkah bagaimanapun tidak mengarahkan syarikat terbabit agar membayar ganti rugi kepada 108 mangsa yang terbunuh dan lagi 238 yang cedera dalam nahas itu.
Sebelum itu, mahkamah Makkah mendapati tujuh orang bersalah atas kecuaian dan pelanggaran beberapa peraturan keselamatan dalam kes yang sama, dengan tiga orang dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda SR30,000 (S$10,700) setiap seorang.
Lagi empat tertuduh masing-masing dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan denda SR15,000 (S$5,300).
Mahkamah Makkah akan membicarakan semula kes tersebut selepas Mahkamah Agung Saudi mengarahkan demikian pada Julai 2022 selepas kesemua tertuduh dibebaskan daripada dakwaan pada Disember 2020.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.