Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS bincang dengan sekutu; pujuk Iran kembali ke meja rundingan perjanjian nuklear

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken berkata pada Ahad (31 Okt) bahawa Amerika Syarikat "sekata" dengan Britain, Jerman dan Perancis untuk mendapatkan Iran kembali ke meja rundingan perjanjian nuklear.

Anggaran Waktu Membaca:
AS bincang dengan sekutu; pujuk Iran kembali ke meja rundingan perjanjian nuklear

(Gambar: EDUARDO MUNOZ / POOL / AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2021 10:57AM Dikemas Kini : 01 Nov 2021 10:59AM

REUTERS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken berkata pada Ahad (31 Okt) bahawa Amerika Syarikat "sekata" dengan Britain, Jerman dan Perancis untuk mendapatkan Iran kembali ke meja rundingan perjanjian nuklear, namun menambah masih belum jelas sama ada Tehran sudah bersedia untuk menyertai semula rundingan tersebut dengan "cara yang bermakna."

Encik Blinken berkata demikian dalam wawancaranya bersama CNN pada Ahad yang diadakan sehari selepas Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Britain menggesa Iran supaya mematuhi perjanjian nuklear 2015 demi "mengelakkan ketegangan dari terus memuncak."

Perjanjian itu, di mana Iran sepatutnya menghadkan kerja-kerja pengayaan nuklear, dilihat berisiko membangunkan senjata nuklear sebagai tukar ganti untuk menarik balik sekatan global, yang dikuatkuasakan pada 2018 selepas Presiden Donald Trump ketika itu menarik balik penyertaan Amerika Syarikat dalam rundingan berkenaan, yang sekali gus mendorong Tehran untuk melanggar had pengayaan uranium yang ditetapkan oleh perjanjian tersebut.

"Ia benar-benar bergantung kepada sama ada Iran serius untuk melakukannya," kata Encik Blinken mengenai Iran menyertai semula rundingan nuklear. "Kesemua negara yang terlibat, saling bekerjasama dengan Rusia dan China, percaya langkah itu akan menjadi ikhtiar terbaik untuk memecahkan kebuntuan", tambahnya.

Pemimpin keempat-empat negara yang berharap dapat memujuk Tehran supaya menghentikan pengayaan uranium ke tahap gred senjata, berkata pada Sabtu mereka mahukan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak.

"Namun kita belum tahu sama ada Iran sudah bersedia untuk kembali ke meja rundingan," kata Encik Blinken pada Ahad. "Tetapi jika tidak, jika mereka tidak mahu berbuat demikian, maka itu kita perlu menimbangkan semua pilihan untuk menangani masalah ini."

Menteri Luar Iran berkata secara berasingan pada Ahad bahawa jika Amerika Syarikat serius untuk menyertai semula perjanjian nuklear Tehran 2015 dengan kuasa-kuasa dunia yang lain, Presiden Joe Biden hanya perlu mengeluarkan "perintah eksekutif," lapor sebuah akhbar di Iran.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan