Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bina rumah 2 tingkat, hanya dengan menonton video YouTube

Seorang ibu tunggal membina sebuah rumah dua tingkat tanpa sebarang pengalaman dalam pembinaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bina rumah 2 tingkat, hanya dengan menonton video YouTube

Cara Brookins semasa membina rumahnya. (Gambar: Facebook/Cara Brookins)

Diterbitkan : 16 Jan 2017 05:47PM Dikemas Kini : 16 Jan 2017 05:49PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang ibu tunggal membina sebuah rumah dua tingkat tanpa sebarang pengalaman dalam pembinaan. Sebaliknya beliau berbuat demikian dengan hanya menonton video dari YouTube sahaja.

Menurut The Sun, Cara Brookins, ibu kepada empat orang anak itu terpaksa mengubah jalan hidupnya untuk melarikan diri daripada suaminya yang bersikap ganas.

Dalam bukunya, Rise, How a House Built a Family, (Bangkit, Bagaimana Sebuah Rumah Membina Sebuah Keluarga) dia mendedahkan bahawa suaminya seorang yang kejam dan manipulatif.

Walaupun Cara tidak mampu untuk membeli rumah, dia mempunyai wang yang cukup untuk membeli bahan-bahan untuk membina sebuah rumah.

Luar biasa sekali, dengan hanya menonton tunjuk cara menerusi YouTube, ini cukup bagi mereka untuk membina rumah mereka sendiri.

Ia hanya mengambil masa sembilan bulan untuk rumah lima bilik itu siap dibina, menurut The Sun.

Walaupun rumah itu dibina oleh keluarga itu sendiri, ia memenuhi kod pemeriksaan pembangunan bandar dengan cemerlang.

Pada bulan Mac 2009, Cara dan anak-anaknya berpindah ke rumah baru mereka.

Kos untuk membina rumahnya berharga £106,000 (S$182,000) tetapi semasa pemeriksaan baru-baru ini, ia bernilai £410,000 (S$706,000).

Cara mengakui bahawa membina sebuah rumah adalah satu cabaran yang paling sukar yang pernah dihadapinya, lapor akhbar tersebut.

Bagaimanapun, pengalaman ini juga membuktikan bahawa dia boleh membuat apa sahaja.  

Sumber : Agensi berita/bb

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa