Bimbang diboikot, junta Myanmar ambil langkah kawal pilihan raya
Junta tentera Myanmar meneruskan rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum yang digambarkan sebagai langkah untuk kembali kepada demokrasi, hampir lima tahun selepas merampas kuasa pada 2021, yang menjerumuskan negara itu ke dalam perang saudara selain menyebabkan negara itu semakin terasing di peringkat antarabangsa.
Anggaran Waktu Membaca:
MYANMAR: Junta tentera Myanmar meneruskan rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum yang digambarkan sebagai langkah untuk kembali kepada demokrasi, hampir lima tahun selepas merampas kuasa pada 2021, yang menjerumuskan negara itu ke dalam perang saudara selain menyebabkan negara itu semakin terasing di peringkat antarabangsa.
Walaupun junta tentera menggambarkan pilihan raya tersebut sebagai laluan untuk kembali kepada kestabilan, para pengkritik di dalam dan luar negara menolak pilihan raya itu sebagai satu sandiwara — yang tidak bebas dan tidak adil, serta direka untuk mengekalkan pemerintahan tentera di sebalik penampilan sivil.
Pada masa yang sama, pihak junta juga bimbang bahawa boikot berskala besar boleh menjejaskan keabsahan yang mereka ingin capai di peringkat antarabangsa.
PARTI DISOKONG TENTERA DIRAMAL MENANG
Kempen politik sudah dimulakan sejak akhir Oktober, tetapi jumlah parti yang bertanding merosot dengan ketara berbanding pilihan raya terakhir pada 2020, di mana hampir 100 parti politik berdaftar.
Jumlah itu kini susut kepada sekitar 60 parti, dengan hanya enam parti bertanding di peringkat nasional. Selebihnya terhad kepada wilayah tertentu.
Sejak rampasan kuasa itu, pihak tentera meminda undang-undang pilihan raya - satu langkah yang dilihat secara meluas sebagai usaha untuk melemahkan pihak lawan yang berpotensi. Parti-parti kini diwajibkan untuk memenuhi ambang yang lebih ketat untuk memperoleh keahlian, pejabat dan pembiayaan di seluruh negara untuk bertanding di peringkat nasional.
Parti yang disokong tentera, Parti Kesatuan Perpaduan dan Pembangunan (USDP), mengemukakan jumlah calon paling ramai dan secara meluas dijangka akan menguasai keputusan pilihan raya, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan pemerintah yang dikawal tentera dengan penampilan sivil.
“Parti ini … pernah mentadbir negara dari 2010 hingga 2015. Dalam tempoh itu, banyak pencapaian diraih dan negara dibangunkan menjadi lebih stabil. Kini, kita mesti meneruskan usaha untuk bergerak ke hadapan daripada keadaan sekarang,” kata calon USDP, Mya Tun Oo.
Yang ketara tidak bertanding ialah parti Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD), yang dipimpin penerima Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi, yang masih ditahan pihak tentera.
Parti itu, yang meraih kemenangan besar dalam pilihan raya 2015 dan 2020, sudah dibubarkan oleh pihak junta.
Banyak parti anti-tentera yang lain juga tidak bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.