Bimbang COVID-19 semakin meningkat, AS nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Korea Selatan
Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (14 Feb) menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan berikutan laporan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan, lapor agensi berita Yonhap.
Gambar fail. (Gambar: Ed Jones/AFP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (14 Feb) menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan berikutan laporan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan, lapor agensi berita Yonhap.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan bahawa Korea Selatan dikategorikan Tahap 4 iaitu berisiko "sangat tinggi", termasuk lima negara dan wilayah lain - Azerbaijan, Belarus, Comoros, Polinesia Perancis, serta Saint Pierre dan Miquelon.
"Jika anda perlu ke Korea Selatan, pastikan anda lengkap menerima vaksin dan dikemas kini vaksin COVID-19 anda sebelum melakukan perjalanan.
"Walaupun telah lengkap divaksin, anda masih berisiko mendapat dan menyebarkan virus berkenaan," menurut CDC menerusi laman sesawangnya.
Kini, hampir 140 negara di seluruh dunia dikategorikan Tahap 4 oleh CDC.
Jabatan Negara AS turut meningkatkan tahap amaran perjalanan ke Korea Selatan kepada "Tahap 4: Jangan Melancong."
Pada Isnin, Korea Selatan melaporkan 54,619 jangkitan baru berikutan penularan pantas varian Omicron di seluruh negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.