Bill Cosby disaman lagi atas dakwaan terbaru serangan seksual
Pelakon komedi Bill Cosby ketika berada di luar rumahnya di Elkins Park, Pennsylvania, pada 30 Jun 2021 selepas dibebaskan dari penjara. (Gambar: Matt Slocum/AP)
Valentino, 80 tahun, memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada Jumaat (2 Jun) mengikut undang-undang baru yang membatalkan sementara statut had ke atas kes sivil berkaitan serangan seksual. Undang-undang itu yang tamat pada akhir tahun ini membenarkan orang yang mendakwa mereka diserang sebagai orang dewasa, memfailkan saman sivil tanpa mengira bila kejadian itu berlaku.
Valentino menyaman Cosby atas serangan seksual dan seks tanpa kerelaan. Saman itu menuntut ganti rugi am, khas dan punitif yang tidak dinyatakan, serta yuran guaman dan kos mahkamah.
Saman itu juga menyasarkan sehingga 20 defendan yang tidak dinamakan, termasuk ejen dan pekerja lain yang didakwanya membantu Cosby.
Cosby, 85 tahun, sebelum ini disabitkan bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas jurulatih bola keranjang Temple University, Andrea Constand pada 2004 di mahkamah Montgomery County pada 2018.
Dia dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 10 tahun dalam kes itu, tetapi dibebaskan selepas hampir tiga tahun apabila Mahkamah Agung Negeri Pennsylvania membatalkan sabitannya pada 2021.
Sekurang-kurangnya 60 wanita menuduh penghibur itu melakukan serangan seksual, gangguan atau rogol.
Tahun lalu, Cosby didapati bertanggungjawab dalam kes sivil di Santa Monica, California, di mana juri mendapati dia melakukan serangan seksual terhadap Judy Huth ketika dia masih di bawah umur pada pertengahan 70-an.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.