Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bilangan banduan penjara M'sia jangkaui kapasiti sebenar

Dewan Rakyat hari ini (28 Sep) dimaklumkan bahawa jumlah banduan di seluruh Malaysia ketika ini melebihi kapasiti sebenar penjara.

Anggaran Waktu Membaca:
Bilangan banduan penjara M'sia jangkaui kapasiti sebenar

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 02:36PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 02:38PM

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini (28 Sep) dimaklumkan bahawa jumlah banduan di seluruh Malaysia ketika ini melebihi kapasiti sebenar penjara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said berkata statistik Jabatan Penjara Malaysia setakat 25 Ogos tahun ini menunjukkan jumlah keseluruhan banduan di penjara adalah seramai 69,507 orang.

Jumlah tersebut telah melebihi kapasiti sebanyak 13.5 peratus atau 8,265 orang, tambahnya.

Justeru menurut Astro Awani, Jabatan Penjara Malaysia melalui KDN telah mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan kesesakan dan tindakan-tindakan berkenaan turut berkaitan dengan langkah-langkah bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 di seluruh institusi penjara.

"Antaranya adalah pemindahan banduan dari satu penjara ke lain-lain penjara yang tidak sesak, Jabatan Penjara Malaysia dengan sokongan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan beberapa penjara sementara.

"Selain itu, sebanyak 13 bekas kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diubah suai sebagai Penjara Satelit (PS), untuk penempatan banduan yang baru bagi tujuan pengasingan sebelum dimasukkan ke penjara," katanya sewaktu Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan rancangan kementeriannya untuk menyelesaikan masalah kesesakan penjara ekoran penularan jangkitan COVID-19 yang pantas dalam kalangan banduan.

Mengulas lanjut, Encik Ismail berkata penjara sementara dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut, lapor Astro Awani.

Selain itu, Jabatan Penjara Malaysia turut mewujudkan Pusat Transit Penerimaan (PTP) di institusi penjara bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan