Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bilal surau di Kota Bharu laung azan maghrib awal empat minit

Anggaran Waktu Membaca:
Bilal surau di Kota Bharu laung azan maghrib awal empat minit

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Apr 2022 10:56PM Dikemas Kini : 06 Apr 2022 10:56PM

KOTA BHARU: Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya pada Selasa (5 Apr), sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa beliau melaungkan azan maghrib pada pukul 7.17 malam dan menyebabkan segelintir penduduk yang percaya sudah masuk waktu berbuka puasa.

"Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu (6 Apr). 

Justeru, beliau berkata mengikut hukum syarak, penduduk di sekitar kawasan itu yang telah berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan selepas berakhirnya Ramadan nanti.

Pada Selasa (5 Apr), tular di media sosial yang mengatakan penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa telah berkumandang lebih awal daripada waktu sebenarnya.

Mengulas lanjut, Imam Armin menasihati supaya semua masyarakat perlu peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung semata-mata dengan alunan azan yang berkumandang di masjid, surau mahupun stesen televisyen atau radio.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa