Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bilal masjid diberkas kerana miliki dadah heroin

Seorang bilal sebuah masjid adalah antara lima lelaki yang ditahan agensi antidadah Malaysia malam tadi (3 Apr) kerana didapati memiliki dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Bilal masjid diberkas kerana miliki dadah heroin

(Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 11:39PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 11:48PM

PENDANG, KEDAH:  Seorang bilal sebuah masjid adalah antara lima lelaki yang ditahan agensi antidadah Malaysia malam tadi (3 Apr) kerana didapati memiliki dadah. 

Ketua Pegawai AADK daerah Pendang, Ahmad Zaher Hamid berkata, bilal berusia 38 tahun itu ditahan bersama lima lelaki berusia 18 hingga 43 tahun kerana memiliki 2.75 gram dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sejahtera.

“Dalam serbuan pada 11.00 malam, kita menemukan heroin dipercayai milik bilal itu sebelum kita menahannya dan dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (4 Apr).

Encik Ahmad Zaher berkata operasi yang bermula pada 8.30 pagi semalam (3 Apr) turut menahan 16 individu lain atas kesalahan dadah di lima kawasan berasingan di Kubur Panjang, Kedah Tanjung Setol, Kampung Kubang Pisang, Kampung Pulau Machang dan sekitar Mukim Air Putih.

Mereka yang ditahan katanya terdiri daripada penoreh getah dan penggangur.

Beliau berkata kesemua lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk menjalani saringan air kencing dan hasilnya kesemua mereka didapati positif dadah. 

Sumber : Bernama/DIWAI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan