Biden, Xi setuju 'perang nuklear tidak boleh sekali-kali dilancarkan': Rumah Putih
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping tiba di mesyuarat sidang kemuncak G20, 14 Nov 2022 di Bali, Indonesia. (Gambar: AP/Alex Brandon)
NUSA DUA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping bersetuju dalam rundingan pada Isnin (14 Nov) bahawa senjata nuklear tidak patut digunakan, termasuk di Ukraine, menurut Rumah Putih.
"Presiden Biden dan Presiden Xi mengulangi persetujuan mereka bahawa perang nuklear tidak boleh sekali-kali diancarkan dan tidak akan sekali-kali dimenangi. Mereka juga menekankan tentangan mereka terhadap penggunaan atau ancaman penggunaan senjata nuklear di Ukraine," menurut kenyataan Rumah Putih.
Kedua-dua pemimpin itu bersemuka buat kali pertama sejak Encik Biden menyandang jawatan presiden, di luar mesyuarat G20 yang dijangka akan menarik perhatian mengenai peperangan di Ukraine.

BACA:
Rumah Putih menyatakan Encik Biden memberitahu Encik Xi bahawa Washington akan "terus bersaing" dengan China namun "persaingan itu tidak seharusnya berubah menjadi konflik".
Encik Biden membantah "tindakan paksaan China yang semakin agresif terhadap Taiwan," sambil menambah bahawa ia "menggugat keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan dan di rantau yang lebih luas", menurut Rumah Putih.
Beliau juga memberitahu Encik Xi bahawa dunia harus menggalakkan Korea Utara bertindak "secara bertanggungjawab" selepas siri pelancaran peluru berpandu yang memecah rekod oleh Pyongyang serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ujian baru nuklear.
Encik Biden mengetengahkan topik yang utama dalam mesyuarat itu, menurut kenyataan Rumah Putih termasuk "amalan ekonomi bukan pasaran" Beijing dan amalan di "Xinjiang, Tibet serta Hong Kong, dan hak asasi manusia secara lebih meluas".
Encik Biden sebelum ini berkata beliau komited untuk membuka laluan komunikasi pada peringkat peribadi dan pemerintah.
"Sebagai pemimpin kedua-dua negara ini, kami memegang tanggungjawab bersama dalam pandangan saya untuk menunjukkan bahawa China dan Amerika Syarikat boleh mengurus perbezaan dan mengelak daripada persaingan berubah menjadi konflik, serta mencari jalan untuk bekerjasama dalam isu sejagat yang penting yang memerlukan kerjasama bersama," kata Encik Biden.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken akan pergi ke China untuk adakan rundingan lanjut, menurut Rumah Putih.
Media China melaporkan bahawa Encik Xi memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari AS supaya tidak melampaui "batas" Beijing berhubung Taiwan.

Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Beijing menyatakan Encik Xi memberitahu Encik Biden bahawa dunia ini "cukup besar" untuk kedua-dua negara semakin maju dan mereka berkongsi "lebih banyak" kepentingan.
Dua pemimpin itu juga dilaporkan berbincang mengenai keadaan di Ukraine. Encik Xi memberitahu Encik Biden bahawa Beijing "sangat prihatin" tentang konflik itu.
"China selama ini berpihak kepada keamanan dan akan terus menggalak rundingan damai," kata pemimpin China itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.