Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden umum pakej baru bantuan ketenteraan AS$1 bilion buat Ukraine

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Rabu (15 Jun) mengumumkan satu pakej baru senjata dan peluru untuk Ukraine.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden umum pakej baru bantuan ketenteraan AS$1 bilion buat Ukraine

(Gambar: Oleksandr Gimanov/AFP)

Diterbitkan : 16 Jun 2022 08:15AM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 08:15AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Rabu (15 Jun) mengumumkan satu pakej baru senjata dan peluru untuk Ukraine.

Ini setelah beliau mengesahkan lagi dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengenai sokongan Washington kepada Kyiv ketika ia menentang pencerobohan Rusia.

Pakej senjata bernilai AS$1 bilion (S$1.3 bilion) itu merangkumi lebih banyak meriam, sistem pertahanan antikapal pantai dan peluru untuk meriam serta sistem roket canggih yang sudahpun digunakan oleh Ukraine, kata Encik Biden.

Dalam panggilan telefon bersama Encik Zelenskyy, Encik Biden berkata beliau "mengesahkan lagi komitmen saya bahawa Amerika Syarikat akan menyokong Ukraine sedang ia mempertahankan demokrasinya dan menyokong kedaulata serta integriti wilayahnya dalam menghadapi pencerobohan Rusia tanpa diprovokasi," menurut kenyataan AS.

Encik Biden juga mengumumkan bantuan kemanusian sebanyak AS$225 juta (S$312 juta) buat Ukraine.

Dana itu akan disalurkan untuk menyediakan bekalan makanan, air untuk diminum, bekalan perubatan dan barang-barangan penting lain.

Pentagon memberikan butiran terperinci bekalan senjata baru tersebut yang termasuk tambahan 18 meriam katak 155 milimeter, 36,000 butir peluru untuk Ukraine, dua sistem peluru berpandu antikapal Harpoon yang berpangkalan di darat dan empat lagi roket untuk sistem roket dengan kejituan Himars yang bakal dikerahkan Ukraine tidak lama lagi di medan perang.

Dengan keupayaan membuat sasaran sejauh sehingga 80 kilometer, roket Himars berpotensi untuk menyediakan Ukraine dengan keupayaan lebih besar untuk menyerang sasaran Rusia, dengan ketepatan lebih tinggi, dalam pertempuran meriam yang berterusan di barisan hadapan.

Para pegawia AS berkata kelompok pertama pasukan tentera Ukraine selesai menjalani latihan Himars pada Rabu.

Turut disediakan dalam pakej baru senjata tersebut adalah ribuan alat komunikasi, peralatan penglihatan malam dan sistem penglihatan haba, menurut Pentagon.

Dengan pakej itu, jumlah senjata yang sudahpun dihulurkan AS kepada Ukraine sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari lalu bernilai AS$5.6 bilion (S$7.7 bilion) kesemuanya.
Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa