Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden 'tidak sabar' Sweden sertai NATO

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memberitahu Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson pada Rabu (5 Jul) bahwa beliau "mengalu-alukan" penyertaan Sweden dalam NATO, sedang perikatan Barat itu bersiap sedia untuk mengadakan sidang puncak pada minggu depan.

Bercakap di Pejabat Bujur Rumah Putih, Encik Biden berkata beliau mahu mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau "menyokong sepenuhnya keanggotaan Sweden dalam NATO".

Encik Kristersson mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS itu atas kepimpinannya dalam menjaga "perpaduan rentas Atlantik" semasa pergolakan yang dicetuskan oleh pencerobohan Rusia di Ukraine. Beliau juga memuji "sokongan kukuh" Encik Biden bagi bidaan Sweden untuk menyertai NATO yang dilengahkan oleh Turki dan Hungary.

Kedua-dua Finland dan Sweden menarik balik permohonan rasmi untuk menyertai NATO sebagai respons terhadap pencerobohan Rusia di Ukraine pada 2022. Encik Biden melihat pengembangan perikatan itu serta usaha besarnya untuk membekalkan senjata dan menyokong tentera Ukraine sebagai kekalahan strategik bagi Mosko - dan menyifatkannya sebagai pencapaian diplomatik terbesar buat dirinya.

Sungguhpun demikian, pengembangan NATO memerlukan persetujuan daripada kesemua 31 anggota sedia ada.

Setiausaha Media Rumah Putih Katrine Jean-Pierre bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Presiden Biden bercadang untuk menghubungi rakan sejawatannya di Turki dan Hungary sebelum sidang puncak itu.

Di samping membincangkan usaha untuk menguatkan Kyiv dalam serangan balasnya terhadap tentera Rusia yang menduduki kawasan timur dan selatan Ukraine, kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan penyelarasan transatlantik mengenai China, perubahan iklim dan kemunculan teknologi baru.

ANKARA TOLAK "DESAKAN"

Para pegawai Barat mengalu-alukan penyertaan Sweden ke dalam perikatan itu secara rasmi sebelum sidang puncak pada Selasa (11 Jul) depan.

Walau bagaimanapun, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mencetuskan kemarahan para pemimpin Barat dengan mengaitkan kelulusan untuk Sweden dengan tuntutan supaya Stockholm bertindak lebih tegas terhadap para anggota gerakan Kurdi seperti Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang Turki menyifatkannya sebagai kumpulan pengganas.

Sweden menyatakan ia sudah memenuhi permintaan tersebut namun satu lagi masalah muncul selepas berlakunya bantahan di luar sebuah masjid di Stockholm di mana seorang lelaki berketurunan Iraq membakar al-Quran.

Hungary menyatakan ia akan mengikut keputusan Turki berhubung pertikaian itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan