Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden tegaskan sokongan bagi temasya Olimpik Tokyo

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menegaskan lagi sokongannya bagi Sukan Olimpik Tokyo yang akan diadakan pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden tegaskan sokongan bagi temasya Olimpik Tokyo

(Gambar: Eugene Hoshiko/AP Photo)

Diterbitkan : 13 Jun 2021 04:06PM Dikemas Kini : 13 Jun 2021 04:08PM

REUTERS: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menegaskan lagi sokongannya bagi Sukan Olimpik Tokyo yang akan diadakan pada bulan depan.

Semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga di luar sidang puncak G7, Encik Biden menarik perhatian langkah-langkah kesihatan awam perlu dilaksanakan demi melindungi para atlit, kakitangan dan penonton sukan olimpik.

Sebelum ini, Jepun meminta sokongan G7 terhadap Sukan Olimpik Tokyo sedang ia berusaha untuk mengubah pandangan awam mengenai temasya sukan tersebut.

Menurut tinjauan akhbar Jepun Asahi pada bulan lalu, lebih 80 peratus responden mahu Sukan Olimpik Tokyo ditiadakan.

Mereka menentang penganjuran acara itu di tengah-tengah keprihatinan tentang penularan COVID-19 dan pelaksanaan program vaksinasi yang perlahan. 

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan