Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden tandatangani undang-undang larang import dari Xinjiang

Anggaran Waktu Membaca:
Biden tandatangani undang-undang larang import dari Xinjiang

(Gambar: Drew Angerer/Getty Images North America/AFP)

Diterbitkan : 24 Dec 2021 08:41PM Dikemas Kini : 24 Dec 2021 08:41PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Khamis (23 Dis) menandatangani rang undang-undang yang melarang semua import dari wilayah Xinjiang, China sebagai tindak balas berikutan kebimbangan tentang buruh paksa.

Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur adalah sebahagian daripada tindak balas Amerika Syarikat terhadap layanan Beijing ke atas minoriti Muslim Uyghur.Washington menyifatkannya sebagai pembunuhan  beramai-ramai.

Syarikat-syarikat Amerika hanya boleh mengimport barangan dari wilayah itu jika dapat membuktikan produk-produk  berkenaan dihasilkan bukan menggunakan buruh paksa. 

Undang-undang itu menyasarkan khususnya tiga produk iaitu kapas, tomato dan polisilikon yang digunakan untuk membuat panel suria.

China menafikan tuduhan buruh paksa di Xinjiang, pengeluar kapas utama yang juga membekalkan bahan panel suria ke merata dunia.

Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira AS$9 bilion (S$12 bilion) produk kapas dan AS$10 bilion (S$14 bilion) produk tomato diimport dari China pada tahun lalu.

Sumber : Reuters/MA/FA/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa