Biden seru pihak-pihak bertempur di Sudan benarkan operasi kemanusiaan dijalankan tanpa halangan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Patrick Semansky / AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyeru pihak-pihak yang bertelagah di Sudan untuk menamatkan keganasan, dan melaksanakan gencatan senjata segera, tanpa syarat.
Pemimpin AS itu juga menyeru semua pihak supaya membenarkan operasi kemanusiaan dijalankan tanpa halangan, dan menghormati kehendak rakyat.
Pertempuran berdarah di Sudan telah melumpuhkan lapangan terbang dan menyebabkan beberapa jalan raya tidak dapat dilalui.
Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan telah melanjutkan penutupan ruang udaranya kepada semua lalulintas udara sehingga akhir bulan ini, dengan mengatakan angkatan tentera akan bertindak balas terhadap sebarang pencabulan.
Pertempuran di Sudan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 maut dan beribu-ribu cedera, manakala mangsa yang terselamat bergelut dengan kekurangan makanan dan bekalan elektrik.
NetBlocks, sebuah pertubuhan yang berpangkalan di London melaporkan bahawa khidmat internet di Sudan "hampir lumpuh keseluruhannya", dengan hanya 2 peratus masih pada tahap biasa.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/MM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.