Skip to main content

Dunia

Biden sembuh dari COVID-19, buat penampilan pertama sejak tarik diri

Anggaran Waktu Membaca:
DELAWARE: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menuju ke Washington pada Selasa (23 Jul), dua hari selepas menamatkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika.

Beliau kemudian memberikan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Democrat untuk menentang mantan Presiden Donald Trump daripada Parti Republican.

Encik Biden meluangkan masa hampir dua minggu untuk sembuh daripada COVID-19 di rumahnya di Wilmington, Delaware, sedang beliau mempertimbangkan pencalonannya.

Akhirnya, beliau menarik diri dan bersiap sedia untuk mengumumkan keputusannya kepada negara untuk tidak bertanding lagi.

Encik Biden akan ke Washington untuk menyampaikan ucapan kepada rakyat Amerika dari pejabatnya di Rumah Putih, pada Rabu (24 Jul) malam.

Pakar perubatan Rumah Putih berkata Encik Biden disahkan negatif bagi COVID dan beliau tidak menunjukkan sebarang gejala.

"Presiden Biden terus menjalankan tangunggjawabnya," kata Dr. Kevin O'Connor dalam suratnya pada Selasa.

Encik Biden berkata ucapannya pada Rabu, dijadualkan pada pukul 8.00 malam (12.00 tengah malam Khamis GMT), akan membicarakan tentang "masa depan, dan bagaimana beliau akan menamatkan kerjanya buat rakyat Amerika."

Pada Khamis (25 Jul), beliau akan berjumpa Presiden Israel Benjamin Netanyahu, tambah Rumah Putih.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita