Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden pertahankan pertemuan dengan Putera Mahkota Saudi, kunjungan sebahagian pertemuan antarabangsa lebih luas

Anggaran Waktu Membaca:
Biden pertahankan pertemuan dengan Putera Mahkota Saudi, kunjungan sebahagian pertemuan antarabangsa lebih luas

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (Gambar: AFP)

WASHINGTON:Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, bulan depan adalah sebahagian daripada pertemuan antarabangsa lebih luas, bukan khusus ke negara itu untuk bertemu dengan putera tersebut, lapor Reuters.

Presiden Biden dijadual melakukan lawatan ke Timur Tengah akhir bulan ini, dalam kunjungan pertama beliau ke rantau Teluk selaku Presiden.

Rancangan Encik Biden untuk bertemu Putera Mahkota Saudi itu dikritik penggubal dasar AS termasuk dari parti Democrat sendiri dan juga aktivis hak asasi manusia.

Ia ekoran peristiwa berprofil tinggi pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi pada 2018.

"Saya tidak akan bertemu dengan MBS (nama gelaran Putera Mahkota Saudi). Saya akan menghadiri mesyuarat antarabangsa, dan beliau akan menjadi sebahagian daripadanya," kata Presiden Biden kepada wartawan pada Jumaat (17 Jun).

Lawatannya ke Arab Saudi adalah atas undangan Raja Salman bersama dengan lapan lagi ketua negara bagi Sidang Puncak Majlis Kerjasama Teluk GCC+3, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Nasional.

GCC ialah sebuah kumpulan serantau yang anggotanya merangkumi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Encik Biden dan pegawai AS juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Raja Salman serta pasukannya, yang akan termasuk putra mahkota itu.

Beberapa minggu selepas mula bertugas sebagai presiden Amerika pada Januari 2021, Encik Biden mengubah dasar AS tentang Arab Saudi, dengan mengambil pendirian lebih tegas terhadap rekod hak asasi manusia negara itu, khususnya mengenai pembunuhan wartawan Washington Post Encik Jamal Khashoggi, yang menurut perisikan Amerika diluluskan Putera Mohammed bin Salman.

Kerajaan Saudi membantah sebarang pelibatan Putera Mahkota itu dalam pembunuhan tersebut.
Rumah Putih menyatakan Encik Biden tetap berpegang pada pendapat awalnya mengenai Putera Mahkota Saudi itu.

Hasrat Washington untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutunya di Teluk menjadi semakin mendesak menyusuli pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan Eropah mencari jalan mengurangkan kebergantungan terhadap Moscow.

Encik Biden juga berusaha mencari jalan untuk menurunkan harga minyak petrol yang tinggi di negaranya.
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan