Biden minta Fauci terus berkhidmat di bawah pentadbirannya
Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis (3 Dis) meminta Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara Dr Anthony Fauci untuk terus berkhidmat dengan pentadbirannya, lapor Agensi Anadolu.
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. (Photo: AFP/Getty/Drew Angerer)
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis (3 Dis) meminta Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara Dr Anthony Fauci untuk terus berkhidmat dengan pentadbirannya, lapor Agensi Anadolu.
"Saya memintanya terus berkhidmat seperti yang dilakukannya di bawah pentadbiran beberapa presiden lain sebelum ini, dan saya juga meminta beliau menjadi ketua penasihat perubatan saya, dan menjadi sebahagian daripada pasukan COVID-19," kata Biden kepada CNN.
Dr Fauci dilaporkan ada mengadakan perbincangan dengan Encik Biden dan pasukan peralihannya pada petang Khamis. Beliau turut mengadakan perbincangan awal dengan pembantu Encik Biden, termasuk Encik Ron Klain, yang dilantik sebagai ketua turus Rumah Putih.
Dr Fauci telah memimpin Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Nasional sejak 1984 dan berkhidmat di bawah enam presiden AS.
Pada Januari, beliau dipilih menganggotai pasukan petugas COVID-19 Presiden Donald Trump yang dibentuk untuk memantau, membendung, dan mengurangi penyebaran virus.
Dr Fauci dan Encik Trump saling bertentangan pendapat mengenai tindak balas terhadap penyakit itu dengan Dr Fauci berulang kali mendesak rakyat Amerika supaya duduk di rumah dan memakai pelitup muka.
Ini sedang Amerika mencatatkan peningkatan kes jangkitan dan jumlah kemasukan ke hospital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.