Biden menang pemilihan peringkat wilayah di Carolina Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Sabtu (3 Feb) memenangi pemilihan untuk Democrat di wilayah Carolina Selatan, pencalonan rasmi pertama untuk parti itu di peringkat wilayah.
Menurut CNN, Encik Biden, 81 tahun, mendahului dengan lebih 96 peratus undi manakala pencabarnya Anggota Kongres Dean Phillips dan penulis Marianne Williamson, masing-masing memperoleh kira-kira dua peratus undi.
Dalam kenyataannya menyusuli kemenangan yang diraih itu, pasukan kempen Encik Biden menyatakan: "Pada tahun 2020, pengundi Carolina Selatan membuktikan ramalan para pakar salah, memberi nafas baru dalam kempen kami dan membuka laluan untuk kami memenangi pilihan raya presiden.
Kini pada 2024, penduduk Carolina Selatan menyuarakan sokongan mereka sekali lagi dan saya tidak ragu-ragu yang anda akan membula laluan untuk kami memenangi pilihan raya ini sekali lagi - dan (mengalahkan Trump) - sekali lagi," menurut pasukan kempen Encik Biden dalam satu kenyataan.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.