Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden, McCarthy muktamadkan persetujuan had hutang negara AS; yakin ia diluluskan

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan ketua Republican Kevin McCarthy berkata pada Ahad (28 Mei) bahawa persetujuan dwipartisan terakhir untuk menaikkan had hutang AS, serta kemungkiran melunaskan hutang, akan diserahkan kepada Kongres.

Kongres perlu bertindak segera untuk meluluskan persetujuan itu sebelum pemerintah mula kehabisan dana.

Kata sepakat itu dipersetujui berikutan rundingan selama beberapa minggu yang akan memberi jalan keluar daripada masalah ekonomi tersebut, sedang ia menghampiri tempoh akhir pada 5 Jun, di mana Perbendaharaan AS menganggarkan bahawa wang untuk membiayai perbelanjaan dan melunaskan hutang mungkin tidak mencukupi.

"Saya rasa ia adalah satu langkah ke hadapan yang sangat penting," kata Encik Biden dalam penampilan ringkas di hadapan pihak media di Rumah Putih. Beliau menggesa "kedua-dua dewan Kongres agar meluluskan persetujuan itu."

Rumah Putih menyatakan bahawa Encik Biden dan Encik McCarthy berbincang pada Ahad sedang mereka cuba sedaya upaya untuk mengelakkan jurang ekonomi yang akan mengancam jutaan rakyatnya daripada dibuang kerja, di samping risiko terhadap ekonomi sejagat.

Menurut Encik McCarthy, beliau berasa yakin persetujuan dwipartisan itu akan diluluskan Kongres walaupun ia diragui segelintir penggubal undang-undang dari kedua-dua pihak Dewan.

Dalam kenyataan pada lewat petang Ahad, speaker itu dan pemimpin kongres Republican menggelarkan persetujuan tersebut sebagai "kemenangan bersejarah".

Asas rangka kerja persetujuan itu adalah menggantung had hutang persekutuan, yang berjumlah AS$31.4 trilion (S$42.5 trilion) ketika ini, selama dua tahun.

Ia cukup untuk bertahan sehingga pilihan raya presiden akan datang pada 2024 dan membolehkan pemerintah AS untuk terus meminjam wang dan memastikan ia dapat terus melunaskan hutangnya.

Pihak Republican pula akan memperoleh beberapa had perbelanjaan persekutuan dalam tempoh yang sama.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan