Biden mahu tutup penjara Guantanamo Bay
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mahu menutup penjara bagi para suspek pengganas di Guantanamo Bay sebelum tamat penggal jawatannya, umum Rumah Putih pada Jumaat (12 Feb), mengulangi janji kempen yang tidak dipenuhi semasa pentadbiran mantan Presiden Barack Obama.
Gambar pintu utama penjara Guantanamo Bay, dipetik pada 16 Okt 2018 (Gambar: Sylvie LANTEAUME/AFP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mahu menutup penjara bagi para suspek pengganas di Guantanamo Bay sebelum tamat penggal jawatannya, umum Rumah Putih pada Jumaat (12 Feb), mengulangi janji kempen yang tidak dipenuhi semasa pentadbiran mantan Presiden Barack Obama.
Ditanya semasa satu sidang media mengenai kemungkinan penutupan penjara di Cuba itu semasa pemerintahan Encik Biden, jurucakap Jen Psaki berkata, "Itu tentunya adalah matlamat dan niat kami."
Dalam kempen pilihan raya presidennya pada 2016, Encik Donald Trump menyuarakan kesediaan untuk terus membuka penjara Guantanamo dan "memenuhinya dengan orang jahat." Anggota Republican itu mengekalkan pendirian tersebut ini selepas dilantik.
Namun, beberapa tahanan dijanjikan akan dibebaskan dari Guantanamo di bawah presiden sebelumnya, anggota Democrat Encik Obama, tetapi beliau tidak pernah berjaya mencapai kata putus dengan Kongres. Encik Biden adalah naib presiden semasa pentadbiran Encik Obama ketika itu.
Penjara tentera itu menempatkan tahanan yang ada kaitan dengan "perang (Amerika Syarikat) ke atas pengganasan", termasuk rakyat Pakistan Khaled Sheikh Mohammed, yang mengisytiharkan diri sebagai dalang serangan September 2001.
Ia masih menempatkan sekitar 40 tahanan, 26 di antaranya dianggap terlalu berbahaya untuk dibebaskan, tetapi prosiding undang-undang terus belarutan kerana kes-kes mereka yang rumit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.