Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden mahu pulihkan hubungan dengan Palestin

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan pentadbirannya supaya segera “mengembalikan hubungan kukuh” dengan Palestin dan Israel, kata pemangku utusan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden mahu pulihkan hubungan dengan Palestin

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 28 Jan 2021 11:52AM Dikemas Kini : 28 Jan 2021 11:55AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan pentadbirannya supaya segera “mengembalikan hubungan kukuh” dengan Palestin dan Israel, kata pemangku utusan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Anadolu.

Encik Richard Mills memberitahu Majlis Keselamatan urusan diplomatik itu "akan melibatkan pembaharuan hubungan dengan kepimpinan Palestin dan rakyat Palestin."

Ia termasuk memulihkan bantuan kemanusiaan untuk Palestin yang ditangguhkan Donald Trump, dan membuka kembali Kedutaan Palestin di Washington, D.C. yang ditutup bekas presiden itu pada 2018 ketika Amerika Syarikat kembali menyokong huraian dua negara, kata Mills.

"Perdamaian tidak boleh dipaksa terhadap rakyat Israel atau Palestin," katanya. "Penglibatan diplomatik Amerika Syarikat akan bermula berdasarkan perundingan aktif dengan kedua-dua pihak dan kejayaan akhir memerlukan persetujuan aktif kedua-dua pihak."

Kenyataan tersebut menandakan pengesahan rasmi pertama pentadbiran baru mengenai dasar Israel-Palestin sejak Biden memegang jawatan pada 20 Januari.

Ia dilihat menyasarkan secara adil pada desakan Encik Trump untuk melaksanakan penyelesaian terakhir terhadap rakyat Palestin yang menyaksikan sebahagian besar wilayah mereka di Tebing Barat yang dicerobohi Israel, dan tanah yang diperuntukkan kepada mereka di bawah rancangan Trump adalah untuk mengekalkan penempatan masyarakat Israel, yang tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Israel menerima cadangan tersebut namun ia ditolak Ramallah.

Encik Mills berkata Amerika Syarikat "menggesa Israel dan pihak berkuasa Palestin untuk menghindari langkah sepihak yang membuatkan penyelesaian dua negara lebih sukar, seperti pencerobohan wilayah, kegiatan penempatan, meroboh, menghasut keganasan dan pemberian pampasan kepada individu yang dipenjarakan kerana tindakan keganasan. "

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan