Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden lawat Israel, Tebing Barat & Arab Saudi bulan depan

Anggaran Waktu Membaca:
Biden lawat Israel, Tebing Barat & Arab Saudi bulan depan

(Gambar: Alex Wong/Getty Images/AFP)

WASHINGTON/ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadual mengadakan siri lawatan ke Israel, Tebing Barat dan Arab Saudi pada bulan depan, kata seorang pegawai kanan pentadbiran pada Isnin (13 Jun), sekali gus menamatkan spekulasi mengenai lawatannya ke Asia Barat.

Lawatan pada 13 hingga 16 Julai itu akan melibatkan perjumpaan dengan rakan sejawat dan pegawai kanan.

Dalam satu kenyataan yang memperincikan jadual lawatan itu, jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre berkata Presiden Biden akan bertemu dengan pemimpin Israel yang antara lain akan membincangkan mengenai isu keselamatan dan kemakmuran.

Selepas itu, Presiden Biden akan melawat Tebing Barat untuk bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan pegawai kanan yang lain, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Biden juga dijangka mengesahkan komitmennya terhadap huraian dua negara dan membincangkan kaedah untuk mencapai kata sepakat menerusi landskap politik demi memastikan kebebasan, keselamatan, kemakmuran serta maruah yang sama rata bagi rakyat Israel dan Palestin.

Beliau kemudian akan ke Jeddah, Arab Saudi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk, dikenali sebagai GCC+3, melibatkan Mesir, Iraq dan Jordan.

Di Jeddah, beliau dijadual bertemu presiden dan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan global. 

Cik Jean-Pierre berkata Presiden Biden "menghargai undangan dan kepimpinan Raja Salman", yang telah menjadi rakan kongsi strategik AS selama hampir lapan dekad". 

Agensi Berita Rasmi Arab Saudi (SPA) mengesahkan lawatan ke Arab Saudi bakal berlangsung pada 15 hingga 16 Julai.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan