Biden kutuk keputusan Meta gugur semakan fakta
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengutuk syarikat Meta pada Jumaat (10 Jan) kerana menggugurkan langkah semakan fakta di Facebook dan Instagram di negara tersebut.
Encik Biden menyifatkan langkah itu sebagai "sangat memalukan", selepas rangkaian global memberi amaran tentang bahaya jika syarikat gergasi teknologi itu meluaskan keputusannya ke negara lain.

Keputusan itu dilihat sebagai usaha untuk memuaskan bakal presiden Donald Trump, di mana penyokong konservatifnya sudah lama mengadu bahawa semakan fakta di platform teknologi merupakan cara untuk menyekat kebebasan bersuara dan menapis kandungan sayap kanan.
"Memberitahu perkara benar sangat penting," kata Encik Biden kepada wartawan di Rumah Putih.
Beliau menambah bahawa langkah itu "bertentangan dengan semua perkara yang berkaitan dengan Amerika."
Rangkaian Penyemakan Fakta Antarabangsa memberi amaran tentang akibat buruk sekiranya Meta meluaskan perubahan pada dasarnya melangkaui sempadan Amerika, kepada program syarikat itu yang merangkumi lebih daripada 100 negara.
“Sesetengah negara ini terdedah kepada maklumat salah yang mencetuskan ketidakstabilan politik, campur tangan pilihan raya, keganasan kumpulan perusuh dan juga pembunuhan beramai-ramai,” tulis IFCN, yang termasuk AFP di antara puluhan pertubuhan anggota globalnya, dalam surat terbuka kepada Encik Zuckerberg.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.