Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden kembali ke Rumah Putih selepas pulih dari COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Biden kembali ke Rumah Putih selepas pulih dari COVID-19

Mantan Presiden Amerika Joe Biden. (Gambar fail: AFP/Kent Nishimura)

Diterbitkan : 25 Jul 2024 07:31AM Dikemas Kini : 25 Jul 2024 07:33AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa (23 Jul) selepas beberapa hari diasingkan akibat jangkitan COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.

Presiden Biden yang diuji positif COVID-19 Rabu lalu menjalani pengasingan di rumah percutiannya di Pantai Rehoboth, Delaware.

Beliau tersenyum kepada para wartawan yang berteriak ketika beliau keluar dari kenderaannya di Pangkalan Tentera Udara Dover sebelum menaiki pesawat Air Force One.

"Tonton dan dengar. Mengapa anda tidak menunggu dan mendengar apa yang saya katakan?" Presiden Biden berkata ketika ditanya mengenai ucapan Pejabat Bundar yang dijadualkan pada petang Rabu.

Seorang lagi wartawan bertanya mengapa Presiden Biden menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden, dengan beliau menoleh dan ketawa sebelum berjalan ke kereta presiden, yang digelar "The Beast."

Presiden Biden dijadual berucap kepada seluruh negara dari Pejabat Bundar pada Rabu selepas beliau mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada pilihan raya tersebut melalui catatannya di platform X pada hujung minggu lalu.

Pengumumannya dibuat selepas desakan yang semakin meningkat daripada sebilangan anggota Democrat yang menggesanya untuk menamatkan kempen pemilihan semula berikutan prestasi debat yang lemah semasa menentang calon Republican Donald Trump pada Jun yang seterusnya menimbulkan tanda tanya tentang kecergasan mentalnya dan keupayaannya untuk mengalahkan mantan presiden itu pada November ini.
Sumber : AGENCIES/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan