Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden kembali berkempen meskipun berdepan lebih banyak tekanan agar berundur

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Joe Biden kembali menjalankan kempennya, dengan harapan ia dapat mendapat sokongan pengundi, penderma dan penggubal undang-undang.

Ini berlaku sedang ramai yang menggesa supaya beliau tarik diri.

Kira-kira 20 anggota Democrat menggesanya agar berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.
Dalam ucapannya ketika perhimpunan di Michigan, wilayah diwakili Democrat, Encik Biden berusaha untuk meredakan kebimbangan berkaitan kesihatan dan kecergasannya, serta memberitahu penyokong bahawa beliau dalam keadaan baik.

Usaha supaya beliau dilantik semula juga mendapat rangsangan daripada dua Demokrat terkemuka -
Gabenor California Gavin Newsom dan Wakil James Clyburn, yang menyokong pencalonannya.

Meskipun demikian, sokongan dari yang lain kelihatan berkurangan.

Wakil Demokrat Mike Levin dari California adalah yang terkini untuk menggesa Encik Biden supaya tarik diri.

Pemimpin Dewan Rakyat Democrat Hakeem Jeffries berkata, beliau bertemu dengan Encik Biden secara peribadi, untuk menyampaikan "kesimpulan tentang laluan ke hadapan" yang beliau dengar daripada penggubal undang-undang.

Pertemuan tersebut dilakukan selepas sidang media solo Encik Biden,yang gagal menenangkan mereka yang menentangnya.

Tinjauan pendapat menunjukkan bahawa perlumbaan antara Encik Biden dan Donald Trump kekal rapat.
 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan