Biden kata beliau akan menang Pilihan Raya Presiden AS, gesa pengundi bersabar
Calon Democrat Joe Biden pada Khamis (5 Dis) berkata “tanpa ragu-ragu” beliau akan mengalahkan Presiden Donald Trump
Joe Biden memberi ucapan semasa kempen pencalonan presiden AS pada 5 Jun 2020.(Gambar: REUTERS/Jim Bourg)
WASHINGTON: Calon Democrat Joe Biden pada Khamis (5 Nov) berkata “tanpa ragu-ragu” beliau akan mengalahkan Presiden Donald Trump dan akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi Pilihan Raya Amerika Syarikat, sambil bertegas bahawa para pengundi bersabar dan keputusan akan diketahui dalam “masa terdekat”.
“Kami tetap rasa kedudukan kami baik. Kami tidak ada keraguan bahawa apabila kiraan selesai nanti, senator Kamala Harris dan saya akan diisytiharkan sebagai pemenang,” kata Encik Biden kepada para wartawan di tempat kelahirannya Wilmington, Delaware.
“Jadi saya minta semua orang untuk terus bertenang. Prosesnya berlangsung, dan kiraan akan selesai. Dan kita akan ketahui tidak lama lagi.”
Encik Biden, 77 tahun, kini mendahului Encik Trump dalam persaingan untuk meraih 270 undi badan perwakilan pemilih yang akan menentukan siapa di antara mereka yang akan menang.
Pasukan Democrat menyatakan mereka percaya Encik Biden kini mempunyai jumlah undi yang mencukupi untuk menang di negeri-negeri yang menyaksikan persaingan sengit yang masih belum lagi dapat ditentukan keputusannya, seperti Pennsylvania.
Sementara itu, pasukan Presiden Trump sudahpun memfailkan tuntutan mahkamah bagi menghentikan kiraan undi di beberapa negeri dan meminta kiraan semula di Wisconsin.
Associated Press masih belum menyatakan mana-mana pemenang bagi Pilihan Raya tersebut memandangkan kedua-dua calon Encik Biden dan Encik Trump masih belum lagi meraih 270 undi badan perwakilan pemilih yang diperlukan untuk memenangi Pilihan Raya tersebut. Di beberapa negeri utama - Pennsylvania, Georgia, Carolina Utara dan Nevada - keputusannya masih belum diketahui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.