Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden, Jokowi bertemu & muktamadkan kerjasama baru

Anggaran Waktu Membaca:
Biden, Jokowi bertemu & muktamadkan kerjasama baru

(Gambar: Presidential Secretariat Press Bureau/Laily Rachev)

NUSA DUA, Bali: Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertemu pada Isnin (14 Nov) di Bali dan menekankan pentingnya hubungan strategik negara mereka dengan memuktamadkan kerjasama baru.

Menjelang Sidang Puncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) selama dua hari yang bermula di pulau peranginan Indonesia pada Selasa (15 Nov), Encik Widodo berkata beliau menghargai sokongan dan kehadiran rakan sejawatannya dari AS.

"Saya berharap Sidang Puncak G20 dapat membentangkan kerjasama kukuh dan dapat membantu pemulihan ekonomi global," kata Encik Jokowi.

Menyifatkan Indonesia sebagai rakan yang bertenaga dan penting, Encik Biden berkata kedua-dua negara mesti bekerjasama demi masa hadapan yang lebih cerah.

Beliau juga mengumumkan butiran kerjasama baru itu akan didedahkan pada Selasa (15 Nov).

Melalui Millennium Challenge Corporation, iaitu sebuah agensi bantuan asing yang ditubuhkan oleh AS - hampir AS$700 juta (S$961 juta) akan dilaburkan dalam membangunkan pengangkutan dan prasarana di Indonesia, kata Encik Biden.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan jawatan pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), menurut kenyataan daripada Rumah Putih AS.

Encik Biden juga mengulangi komitmen AS kepada sikap berkecuali ASEAN dan sokongannya kepada pandangan ASEAN mengenai Indo-Pasifik, menurut kenyataan itu lagi.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan