Biden ikrar bantuan baru ketenteraan bernilai AS$500 juta semasa lawatan mengejut ke Kyiv
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden AS Joe Biden disambut oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy semasa lawatannya ke Kyiv pada 20 Februari 2023. (Gambar: AFP/Dimitar Dilkoff)
KYIV: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengadakan lawatan mengejut ke ibu kota Ukraine, Kyiv pada Isnin (20 Feb).
Lawatan itu sempena ulang tahun pertama pencerobohan Rusia di Ukraine.
Ia juga merupakan lawatan pertama Encik Biden ke negara itu sejak peperangan tercetus.
Semasa lawatan tersebut, Encik Biden menegaskan bahawa Washington akan menyediakan Kyiv dengan sebuah pakej bantuan tentera baru bernilai AS$500 juta (S$668 juta).
Beliau menjelaskan bahawa pakej tersebut akan diumumkan pada Selasa (21 Feb), sambil menambah bahawa Washington juga dijangka menyediakan lebih bekalan peluru bagi Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi dalam pemilikan Ukraine.
Ketika di Kyiv, Encik Biden mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.
Dalam catatan-catatannya di Twitter pada Isnin, Encik Biden berkata beliau mengadakan pertemuan itu bagi menegaskan lagi komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap demokrasi, kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.
Menurut Encik Biden, sepanjang tahun lalu Amerika Syarikat menubuhkan sebuah perikatan yang terdiri daripada negara-negara Atlantik sehingga Pasifik bagi menyokong Ukraine dengan sokongan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan sokongan itu dijangka berterusan.

Sumber : AGENCIES/HA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.